SOCAR Perkenal Sistem Kereta Sewa Digital Di Telefon Pintar

Jika e-hailing adalah sesuatu yang dilihat baru, sewa kereta pula adalah perkhidmatan yang telah ada sejak sekian lama. Kini dengan tibanya SOCAR di Malaysia, menyewa kereta menjadi lebih mudah kerana ia menyediakan perkhidmatan kereta sewa secara digital.

SOCAR hari ini dilancarkan di Malaysia dengan membawa bersama 240 kereta yang boleh didapati di 100 lokasi di Kuala Lumpur dan Cyberjaya. SOCAR lahir di Korea Selatan dan memilih Malaysia sebagai lokasi pertamanya di luar negara. Ini kerana Malaysia mempunyai kadar penggunaan telefon pintar dan media sosial yang tinggi.

SOCAR menyediakan empat jenis kenderaan yang boleh disewa iaitu Perodua Axia, Honday City, Honda HRV dan Mini Cooper. Sewaan boleh dibuat dari sependek 30 minit, hingga selama seminggu. Lebih menarik, kadar sewaan ini termasuk petrol tanpa had. Tidak perlu risau dengan kenaikan harga petrol.

Bagaimanapun, SOCAR mengenakan had jarak untuk setiap sewaan. Pengguna boleh memandu sehingga 30km bagi setiap 1 jam sewaan, dan sehingga 300km bagi sewaan selama 24 jam. Jika memandu lebih dari jarak itu, pengguna akan dicaj 25sen/km.

Setiap kereta SOCAR memiliki tempat letaknya yang tersendiri. Pengguna perlu memulangkan semula kereta sewaan dari tempat ia diambil. Tetapi SOCAR ada menyediakan perkhidmatan D2D, menghantar dan mengambil semula kereta sewa dengan kadar tambahan RM5. Cuma perkhidmatan D2D ini masih terhad di Bangsar dan Damansara Heights sahaja.

Untuk mula menggunakan servis SOCAR, muat turun aplikasi SOCAR di Apple Appstore atau Google Playstore. Kemudian buat pendaftaran bersama kad pengenalan, lesen memandu serta maklumat pembayaran menggunakan kad debit/kredit.

Selepas itu, tempahan boleh dibuat secepat 10 minit dari masa mula penggunaan. Jika mahu memanjangkan masa tempahan semasa penggunaan, ia boleh dibuat terus dari aplikasi. Tetapi hanya boleh dipanjangkan jika tiada tempahan lain untuk kereta tersebut.

BACA  Mesin Gaming Muktamad ASUS ROG Phone Mula Dijual Di Malaysia

Kadar sewaan kereta SOCAR adalah seperti dibawah. Kadar sewaan berbeza mengikut hari bekerja dan hari minggu. Jika menyewa selama 10 jam atau lebih, ia akan terus dikira kadar sehari.

HARI KERJA (Isnin-Jumaat)

  • Perodua Axia – RM8/jam | RM80/hari
  • Honda City – RM9.90/jam | RM99/hari
  • Honda HRV – RM18.90/jam | RM189/hari
  • Mini Cooper – RM25/jam | RM250/hari

HARI MINGGU (Sabtu & Ahad)

  • Perodua Axia – RM11/jam | RM110/hari
  • Honda City – RM15.90/jam | RM159/hari
  • Honda HRV – RM25/jam | RM250/hari
  • Mini Cooper – RM30/jam | RM300/hari

Kadar sewa selama 30 minit (kiri) dan 60 minit (kanan), termasuk GST

SOCAR  turut menawarkan satu pas yang dikenali Stress Free Pass. Ia memberikan kadar rata untuk sewaan pada hari Isnin hingga Khamis, dari jam 7 malam hingga 8 pagi esoknya. Ini sesuai untuk pengguna yang mahu bersosial selepas waktu kerja. Kadar yang dikenakan adalah:

Stress Free Pass (Isnin-Khamis, 7pm-8am)

  • Perodua Axia – RM28
  • Honda City – RM37
  • Honda HRV – RM69

Teknologi pada kereta sewa SOCAR juga membuatkan ia tidak memerlukan kunci kereta. Membuka dan mengunci kereta dibuat menerusi aplikasi SOCAR. Menghidupkan enjin pula hanya menekan butang Push Start. Pengguna akan diberi kawalan ini apabila waktu sewaan bermula.

Kereta SOCAR boleh didapati di lokasi utama bandar Kuala Lumpur seperti pusat membeli-belah Bukit Bintang, KL Sentral, Mid Valley serta di bangunan pejabat. Ia juga terdapat di beberapa kondominium.

Bagi menarik lebih ramai pengguna, SOCAR menawarkan diskaun 50% untuk dua kali tempahan pertama. Tawaran ini dibuka sehingga 31 Januari 2018.

Untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan ini, layari laman web www.socar.my.

To view the original article, please visit:

SOCAR perkenal sistem kereta sewa digital di telefon pintar

Got Something To Say?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.